Tuesday, May 31, 2011

:: KhaSiat Makan CiLi ::

:: Petang semalam aku follow adik aku g petik cili kat kebun belakang umah.ha.bese r.da takde keje nak wat.aku tolong r mak petik sayur-sayuran.sayuran yang dimaksudkan ialah cili.cili kategori sayur kan?banyak gak mak aku tanam pokok cili.de r dekat 30 pokok kot.dengan berbekalkan 1 mangkuk, aku pon pegi r dari 1 pokok cili ke pokok cili yang len.geram gak bile tengok cili tumbuh dengan subur.gemuk2 lak tu cilinya.aku pon hepi je petik cili2 tu.sedar tak sedar da sejam lebih aku lepak dok petik cili tu.wah.banyak gak dapat.hampir penuh mangkuk yang aku bawak.tapi disebabkan da nak maghrib + tak tahan kene geget dek nyamuk, aku pon stop la.balik umah cepat2 mandi.badan jadi gatal kene geget dengan nyamuk2 yang rakus.hahaha.

Then,malam tu aku terjumpe satu artikel menarik tentang cili.aku rase ade kaitan kot.mende yang aku bace adalah khasiat memakan cili.ha.makan cili pon dapat kebaikan ma.so, jom bace pe je khasiat2 yang bole korang dapat bile makan cili..enjoyz!! ::

Khasiat makan cili:

1. Menurunkan Berat Badan.

Turunkan berat badan? yup makan pedas dpt menurunkan berat badan, makanan bersamabal mahopon pedas jugak boleh meningkatkan selera makan supaya lebih sedap dari biasa..

2. Sihatkan Jantung.
Menyihatkan Jantung, budaya makan pedas boleh mengurangkan serangan jantung dan stroke coz cili/cabai dpt melawan kolestrol jahat dan mengurangkan masalah peradangan..

3. Mencegah Kanser.
Menurut kajian American Association for Cancer Research, capsaicin yg ada dalam cili memiliki kemampuan membunuh beberapa sel cancer dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan serbuk kari dan mustard, boleh memperlambatkan penyebaran cancer dan pertumbuhan tumor.

4. Menurunkan Tekanan Darah.
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. kombinasi ini dapat menghasilkan sistem kardiovaskuler yang lebih kuat.

5. Mengurangkan Stress.
Makanan pedas meningkatkan pengeluaran hormon yang memberikan rasa yg menyenangkan, ia juga dapat mengurangai stress/tekanan.



:: adik aku tengah tekun petik cili ::



:: mangkuk cili aku da penuh ::










*sumber khasiat dari http://zamstylo.blogspot.com/2010/10/khasiat-makan-cili.html*

Monday, May 30, 2011

:: KhaSiat CokLat ::

:: Semalam aku jln2 g jusco bukit tinggi sorg2.niat asal hnye nk beli dakwat printer je.tp d sbbkn aku sndri busan n xde mnde nk wt, aku pusing2 gak kt jusco tu.mse tgh round2, aku trnmpk kedai jual coklat.wah.aku mmg mnat coklat.boleh d katekn penggemar coklat.aku try msuk kdai tu.pergh.coklat2 yg ade btul2 menggiurkn aku.nyummy.try kuakn dompet.tp duet xdek.hua.x dpt nk beli ckolat.hurm.trpkse smpan niat dlu nk beli coklat.nnt de duet pas kje, mmg aku borong r coklat2 tu.hahaha

Berkata tentang coklat, aku trjumpe risalah kt ternet tntng kebaikan n keburukan mkn coklat ni.tp x slh kn skali skale mkn coklat.besenye yg kne bab buruknye tu bile da lbh dos mkn coklat.so bce r list2 kt bwh.yg baek jdkn teladan n yg x baek jdkn pengajaran.hakhakhak.enjoyz!! ::

KEBAIKAN:
* Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.
* Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.
* Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
* Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?
* Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.
* Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.
* Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca kerosakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.

KEBURUKAN:
* Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
* Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
* Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
* Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.

*dipetik dari http://myfoodtech.blogspot.com/2010/08/kebaikan-dan-keburukan-memakan-coklat.html

Sunday, May 29, 2011

:: Faedah BeLa KuciNg ::

:: Sedar atau tak sebenarnya banyak kebaikan yg kita dapat bile kita bela kucing kat rumah.tak percaya?hahaha.aku pon tak percaya gak.tapi bile aku tengok alik kat ternet, ade je kebaikannya.siap ade bukti kajian skali yang d wat.so kalau nak tau lebih lanjut, jom tengok senarai kebaikan yang korang akan dapat bile korang bela kucing.enjoyz!! ::

1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit)

Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing . Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.

*thanks to http://kami-sayang-kucing.blogspot.com/2011/01/kebaikan-membela-kucing-kepada-manusia.html



:: adik aku yg brgmbr sakan dgn si Putih ::

:: PokoK BuaH MaRkiSa ::

:: Ujung minggu ni aku lepak umah je.takdek kua jalan2 dengan member Or kua dating dengan makwe tersayang.reasOnnye? Of cOz sal takdek duit.hahaha.sO terpakse r lepak umah je.kalau kat umah Of cOz jadi busan.yOla.takde nak watpe kan.d sebabkan busan yang teramat sangat, aku fOllOw r abah g petik buluh betung kat kebun blakang umah.bese r.umah aku kat kawasan kampung.senang je nak dapat mende2 camtu.sO aku n abah gerak r seawal kul 8 pagi(awal kOt).setibanye d hadapan serumpun buluh betOng,aku agak tergamam.wah.besarnye pOkOk buluh tu.tinggi lak tu.cantik je buluh tu.respek n bersyukur sangat2 dengan ciptaan Nya.kukuh pOn ye.memang sesuai r wat wau,tiang umah n macam2 ag.sO aku mule r tebang slOw2 kat bawah pOkOk buluh tu.pergh.nak tebang pOn susah.tengOk abah aku steady je tebang buluh.aku tebang merapu gile.pOkOk buluh pOn tumbang ke arah len yang aku agak.ceh.sO kitOrg tebang r dalam 6 batang.then bawak alik umah.gatal2 badan aku d watnye.buluh2 tu nak d wat kayu sOkOngan untuk tanam pOkOk buah markisa.ade Org panggil buah susu.asalnye aku pOn tak tau menatang pe lah buah tu.tak penah makan kOt.pOkOk ye jenis menjalar.mak n abah aku da tanam beberapa pOkOk untuk buah tu.da berbuah pOn.tengah tunggu buah tu masak.bOle r aku ase camne buah tu.sedap ke tak.dengar2 sedap.he.tak sabar..sebenarnye banyak ag tumbuhan2 yang d tanam oleh keluarga aku.rajen mak n abah aku tanam pOkOk.bagus2.kene tiru yeOrang ni.nanti aku cite ag sal tanaman len yang d tanam kat kebun belakang umah aku ye.sO, jom makan buah markisa!! ::



:: tmpat pkok markisa yg d buat dr buluh ::




:: rupa buah markisa ::

Saturday, May 28, 2011

:: KuCinG pOn Tau MeraJuk?? ::

:: Malam tadi aku nampak mak aku bawak 1 kOtak.sekali tengOk dalamnye ade 2 ekOr anak kucing.masih kecik ag.hm?tak puas ke bela si Putih.da nak tambah bilangan kucing ag nampknye.mak cakap mak kesian dengan si Putih.takde member nak maen.maen pOn sOrang2 je.betui gak cakap mak.tapi bile si Putih nampak je 2 ekor anak kucing tu, muke ye terus berubah.ye mendengus2 marah.wah.binatang pOn ade perasaan jeles kah?Putih takmO d pegang.bile nak pegang ye je, ye akan mendengus nak geget tangan.hahaha.kelakar tengOk perangai Putih.tapi Putih dengan aku Ok sket.ye tak marah sangat berbanding dekat mak n adik2 aku.maybe cOz aku tak sentuh ag 2 anak kucing tu kOt.malam tu mase tengah tidO, aku tersedar.Putih slOw2 datang tidO sebelah aku.wah.majuk dengan mak n adik2 aku,tau datang lak nak tidO dengan aku.hahaha.layan je la kelakuan majuk ye.aku pOn kuat majuk gk.kite se geng r Putih.kikiki ::




:: 2 ekor anak kucing baru ::





:: si Putih yang merajuk ::

:: Susah Nye Cari Kerja ::

:: Seminggu selepas aku sampai umah, aku terus kua cari keje.aku tak leh nak tunggu lame2 cOz aku da keabesan duet.adui.tak best betul kalau dOmpet kOsOng jek.sO, nak tak nak kene gak pakse diri g kua cari keje.lepas siap wat resume aku pOn kua r merOnda2 kat kawasan2 kilang yang berhampiran.memang banyak kilang kat tempat aku (telOk panglima garang + bukit kemuning + shah alam).mata aku pOn jadi rambang mase memilih kilang.hahaha.tapi mule2 aku ase cuak cOz aku tak penah g cari keje n tak penah lalui prOses interview yang sebenar sebelum ni.aku sendiri pOn tak tau camne carenye nak apply keje kat kilang.hurm.aku pikir banyak kali gak bile da de kat depan pOst guard kilang.last2 aku tebalkan muke gak g tanye. tapi hampir kesemua kilang yang aku tanye tak dek kekOsOngn kaje especially untuk jawatan jurutera.adui.ade gak kilang suh letak je resume.n banyak2 kilang tu gak de yg terus suh aku masuk interview aritu gak.pergh.memang aku tak dapat nak perfOrm r.aku tak ready pe pOn.tup2 terus kene interview.saingan aku lak Orang2 yang da de pengalaman dalam bidang kejuruteraan.bukannye fresh grad cam aku.memang aku tewas r.hurm.sedeynye.macam2 mende yang aku lalui mase cari keje.tapi aku agak bersyukur cOz sekurang2 nye aku de gak pengalaman camne nak cari keje.camne ase susahnye mengemis diri untuk mencari keje even aku sendiri ade degree.pe2 pOn aku tak kan givup.insyaAllah, rezeki aku akan ade punye kat salah sebuah kilang yang aku pOhOn.dOakn aku dapat keje cepat ea kawan2..(^_^) ::


p/s: Jom lah layan kartun kat bawah.harap korang paham.

Thursday, May 19, 2011

:: PerBezAan KeTara AntaRa Laki n PomPuan ::

::Ketika sedang sibuk skodeng2 job vacancies kt internet, aku terjumpe 1 artikel yang best.bagi aku best kot coz macam ade unsur lawak,realiti n macam2 ag r.kalau nak tau artikel pe yang aku maksud kan jom tengok kt bawah ni..enjoyz!! ::


Girl: Honey, can you bring me my orchid purse, it’s on my bed?!
Guy: Which purse again?
Girl: The orchid one, it matches my lavender shirt.
Guy:

:: FamiLy BeLa KuciNg ::

:: Setibenye aku dari UTM, aku agak trkejut bile ade seekOr anak kucing lepak men2 kat anjung umah.hm?sejak bile family aku bela kucing?pastu mak cite r yang anak kucing tu d ambik mase mak tengah beli sayur kat satu kedai runcit.mase 2 keadaan anak kucing 2 sangat menyedihkan.badan kOtOr.kurus kering.mak pOn kesian n amek bawak alik.mak siap mandikan ag anak kucing kucing tu.skunk nampak cOmel sangat.family aku bagi nama PUTIH kat anak kucing tu.hahaha.aku tak kesah je yeOrang bela kucing sebab aku pOn memang suke men2 dengan kucing.ag2 anak kucing yang cOmey.sO tiap2 ari mak n adik2 pOmpuan aku dOk mandikn PUTIH.bersih anak kucing tu.cume PUTIH tu masih ag kencing n berak merata2.ceh.part tu susah sket nk diajar kat kucing ni.mungkin mengambil masa gak.Then,tiap2 petang aku da mule selalu men2 dengan PUTIH.best r.at least dapat r isi mase bosan aku dok umah.hehehe.kat bawah ade gambar yang aku ambik mase men dengan anak kucing tu.jom tengok!! ::


::BuBye UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA!! >_<,, ::

:: Sedar tak sedar aku da abes 4 tahun belaja kat UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,skudai.akhirnye sampai gak msenye d mane aku kene tinggalkan UTM.maksudnye aku da tamat blaja la.erti kate len nye aku da grad..wah.tibe2 aku terase hepi n excited sangat2.yipee!! tapi sebenarnye perasaan aku bercampur2.ade ase sedey.ade rindu.ade hepi.sume ade r bile aku mule melangkahkan kaki tinggalkan UTM.part sedey nye?Of cOz aku da susah nak lepak2 dengan member2 kt UTM pasni.da tak bole nak menikmati pemandangan indah kat UTM ag.hurm..sedey nye.tapi takpela.yang penting aku lepas.n insyaAllah aku akan dapat segulung ijazah.pasni bOle la aku mule bina kerjaya aku sendiri sebagai seOrang jurutera slOw2.pe2 pOn aku hepi sangat belaja kt UTM.even style sistem n pemarkahannye yang agak ketat, aku tetap hepi cOz sume tu yang wt aku jadi lebih berkualiti.hOhO.sO pada mane2 student yang tengah pilih nak masuk U mane skunk ni, amek la UTM keh.banyak effOrt yang korang akan dapat.agpOn dengar2 nya banyak cOmpany kat lua tu percaya dengan kebOlehan student2 dari UTM.gud luck everyOne!! ::

Wednesday, May 18, 2011

:: RanKinG UniVersiTi TerBaik mAlaYsia ::

:: dikala busan dok menatap ternet, aku jmpe stu artikel kt blog melvister.com. artikel tu agk menarik coz ade kne mngene dgn aku.hahaha.psal ape? artikel tu tnjukkn ranking U trbaik dlm malaysia.tambah2 ag U tmpt aku blaja dkt ranking no 2..yipee!! proud to be UTM's student..U anda lak ktne? jom tngk sme2.. ::

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.

1. Universiti Sains Malaysia
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. University of Malaya
6. Universiti Malaysia Perlis
7. Multimedia University
8. Universiti Teknologi Mara
9. Universiti Malaysia Pahang
10. International Islamic University of Malaysia
11. Universiti Utara Malaysia
12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13. Universiti Tenaga Nasional
14. Universiti Malaysia Sabah
15. Open University Malaysia
16. University of Nottingham Malaysia
17. Universiti Teknologi Petronas
18. Universiti Sains Islam Malaysia
19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
20. Taylor's University College
21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22. Universiti Tunku Abdul Rahman
23. Universiti Malaysia Terengganu
24. Universiti Malaysia Sarawak
25. Universiti Tun Abdul Razak
26. Monash University Malaysia
27. Universiti Industri Selangor
28. Wawasan Open University
29. UCSI University
30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
31. Asia Pacific Institute of Information Technology
32. International Medical University
33. Help University College
34. Tunku Abdul Rahman College
35. Al Madinah International University
36. Universiti Kuala Lumpur
37. National Defence University of Malaysia
38. Segi College
39. Universiti Sultan Zainal Abidin
40. Universiti Malaysia Kelantan
41. Limkokwing University of Creative Technology
42. KDU College
43. Selangor International Islamic University College
44. Sunway University College
45. Malaysia Theological Seminary
46. Malaysia University of Science & Technology
47. Olympia College Malaysia
48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
49. Malaysian Institute of Management
50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
51. INSANIAH University College
52. Taman Pertanian University
53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
54. International Centre for Education in Islamic Finance
55. Majlis Peperiksaan Malaysia
56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
57. Disted-Stamford College
58. Berjaya University College of Hospitality
59. Asia e University
60. KBU International College
61. New INTI College
62. TATI University College
63. Nilai International College
64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
65. AIMST University

INFO: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars.


Tuesday, May 17, 2011

:: RobOT Api BerGerAk ::

:: Assalamualaikum..yuhuu.akhirnye aku dapat access msuk ke blOg ni gak.hahaha.lame sangat aku tak update blOg ni.d sebabkan kesibukan aku menguruskan hal2 study d UTM, terbiar kOsOng blOg ni tanpe bertuan.tambah lagi Otak aku tibe2 fail nak ingat alik username n password untuk masuk blOg ni.adui..da tua kOt aku ni.hakhak..berbalik pada ROBOT API BERGERAK yg aku wat..alhamdulillah syukur sangat2 pada Allah SWT sebab d atas izin NYA aku success wat mende mantap tuh.sblm ni aku de pOst entri sal rObOt ni kan.tapi yg jadi tak la sama sangat especially dari segi design die. aku terpakse adjust banyak mende kOt.memang merumitkan ag2 untuk level beginner macam aku nih.nak tau bape kos kasar buat prOjek ni? aku habeskan dekat RM2000!! kalau d ikutkan kos nye tak semahal mana.tapi d sebabkan aku ni takde pengalaman langsung + tak tau buat robot,memang bertambah2 la barang yang aku beli.kadang2 aku tak pakai pOn dalam prOjek ni.adui.tapi takpe lah.sume tu jadi pengalaman berharga buat aku.sekurang2 nya aku tau buat robot.tak sia2 aku amek kOs kejuruteraan MekatrOnik yang merupakan salah satu kOs idaman dalam bidang kejuruteraan.mase buat rObOt tu memang agak sengsara.tak tidO malam berminggu2.pergi sana pergi sini cari sumber rujukan.tapi bile da siap...umph!!memang best.terasa kepuasan d situ.aku suke sangat bile rObOt tu bergerak cari sumber api.memang cute.hahaha.aku de letak gambar dan videO rObOt yang aku buat kat bawah ni.sO sesape yang berhajat nak buat sebuah rObOt berkeupayaan mengesan api,bOleh la tanya aku ea.kOt2 aku bOleh tOlOng.enjOyz!!


:: ni rupe robot yang aku wat.agak comot gak.hahaha::
















:: ni lak video sal robot tu bergerak.aku ade post gak kt youtube.so,aku just amek je dari youtube. ::