Sunday, December 25, 2011

:: Wang Kertas Terbaru Malaysia ::

:: salam..selamat hari ahad!! korang pekabar? aku harap korang sume sehat-sehat belaka hendaknye..aku..?aku macam nak demam la.cuaca skunk tak menentu.aku lak banyak kali men ujan.da tibe masenye nak kene demam kot.harap panadol yang aku telan tadi dapatlah membantu.so..esok cuti kan?best nye..aku nak keje.tapi tak dapat lak.bos tak bagi.suh rehat je kat rumah.then, aku terpakse r lepak-lepak je kat umah..actually untuk entri ni, aku just nak share sedikit info sal wang kertas baru untuk negara kita yang tercinta ni..aku ase da ramai kot yang tau.n aku pon tak berape pasti kesahihannye.bile tengok balik kat gambar wang kertas baru tu..macam ade rupa wang kertas mainan jutaria..korang perasan tak?hahaha..tapi stylo lah.nampak meriah.cume aku harap taklah budak-budak kecik gune duet betul-betul men jutaria kelak.so wang kertas ni dikatakan akan dilancarkan julai tahun depan.wang tersebut dlengkapi dengan ciri keselamatan yang canggih + teknologi terbaek!! so raye tahun depan bole r bergaya dengan wang kertas baru..hehe.jom tengok rupa wang kertas baru untuk negara malaysia..negara yang sangat aku cintai..mmMmuAaH!! (^,^) ::





p/s: sies..nampak stylo r wang kertas tuh..nampak meriah sangat-sangat..ni lagi wat aku semangat nak cari duet lebih ni.hehehe..

Saturday, December 10, 2011

:: MereKa Lebih SusaH.. ::

:: Pernah tak korang rase "down" sangat-sangat bila berhadapan dengan sesuatu masalah? aku pasti setiap orang pernah merasainya.seperti gak aku.aku pon pasti setiap orang ada caranye tersendiri untuk keluar dari masalah masing-masing..petang semalam, aku singgah kedai motor lepas balik kerja untuk bayar motor.aku beli motor yamaha 135LC kira-kira 2 bulan lepas.so skunk aku bayar la bulan-bulan sebanyak RM260.besenye aku akan bayar lebih coz aku nak cepat habiskan hutang motor tu.then masa nak bayar tu,aku terbau satu bauan yang aku sangat kenal.bauan tu mengingatkan aku pada masa lampau aku.aku tiba-tiba jadi kaku.aku jadi lemah sangat.aku keluar dari kedai motor tu.aku duduk di tepi motor.aku termenung jauh..aku tiba-tiba terasa sedih sangat-sangat.teringat balik dosa n kesalahan yang aku lakukan sblum ni.dan pling terasa skali adalah impian ku yang tak kesampaian.walaupun aku berjaya capai cita-cita aku untuk jadi jurutera,tapi ada sesuatu yang aku mahukan lebih dari itu.tapi..semua musnah atas kealpaan diri aku sendiri.impian yang aku usahakan hancur begitu sahaja.aku terasa diri aku seorang yang gagal sangat.aku cuba bangun.aku usap muka aku.sies masa tu aku ase nak sangat nanges...then,seorang pakcik lalu dihadapan aku.aku terpaku tengok dia.dia naik basikal yang tayarnye pancit smbil memikul mesin rumput.keadaannya sungguh tak terurus.muka nya sangat-sangat letih.dia berhenti dihadapan kedai dan kluakan duit syiling.then dia masuk kdai..tiba-tiba aku trus lupa pada masalah aku.aku kesiankan pakcik tu.aku terus sedar..ramai lagi yang lebih susah dari aku.ramai lagi yang menempuh lebih kesukaran dalam kehidupan berbanding aku.aku terus merenung ke langit..aku da lupa untuk bersyukur pada Allah yang memberikan rezeki padaku.apa yang aku buat lebih pada merasa sedih atas dugaan kecil yang Allah berikan..aku terus pergi ke basikal pakcik tu dan selitkan sumthing kat bakul nye.then aku stat motor dan trus balik.dalam hati,aku bersyukur sangat-sangat coz dtunjuk kan contoh dan pengajaran camtu.Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui.. (^_^) ::



p/s: aku tak sampai hati nak snap pic beskal pakcik tu.better aku just cerita untuk jadikan pengajaran kat diri aku dan juga orang lain..moral of de story..kalau ase beban dengan sesuatu masalah,ingatlah orang lain yang lebih susah dari kita..

Saturday, November 19, 2011

:: 9 Rama-Rama PaliNg MenaRik Di Dunia ::

:: Salam..selamat hari sabtu!! aku tulis entri ni hari sabtu.so ucap la selamat hari sabtu..hehe.sebenarnya aku tengah agak moody.tak tau nape mood aku makin hari makin kelam dan gelap..bahaya gak.aku pon cube la cari sesuatu untuk hiburkan hati aku yang lara ni..then aku ternampak lah sesuatu.ha..nak tau ape dia?..keh2..aku nak cite ni..aku ternampak koleksi rama-rama..cantik sangat.sekali aku tengok,memang dapat la kurangkan kemurungan aku ni.ha.jom kita tengok sama-sama keindahan ciptaan Allah ini..mempersembahkan..MOST FASCINATING BUTTERFLIES IN THE WORLD!! ..enjoys!! (^,^) ::

1) Transparent Butterfly

Rama-rama ini ada kat Amerika dan Mexico.Apa yang menarik tentang rama-rama ini adalah badannye yang lutsinar(transparent).aku terpikir lak tentang tisu2 badan rama-rama ni.camne ea?mesti unik sangat sampai boleh jadi transparent camtu kan?kalau lah ade kat Malaysia..hurm..



2) Dead Leaf Butterfly

Rama-rama ni lagi stylo!! korang bole jumpe binatang ni kat hutan New Guinea,selatan asia,Madagascar dan India..cuba bayangkan bila dia melabuhkan sayap dia rata ke atas lantai.serius nampak macam daun kering!! mesti rama-rama ni senang pupus coz selalu kene pijak dek orang yang lalu lalang kan?apa-apa pun,aku paling respek design rama-rama ni!! terbaik!!


3) Neglected Eighty-Eight Butterfly

Nampak tak nombor "88" kat sayap rama-rama ni?cantik kan.tu pasal dapat nama eighty-eight.tapi kan.sekali tengok ade gak rupa macam jalur-jalur kek pisang..erk..lapa lak aku jadinye.. (^_^)


4) Giant Owl Butterfly

Kalau tengok betul-betul kat sayap rama-rama ni,mesti korang nampak spot mata kan?ala-ala mata burung hantu gitu.ingat burung hantu tadi.rupanya cume rama-rama je.encik tikus mesti cuak bila tengok rama-rama ni bila waktu malam.coz mesti yeorang ingat rama-rama ni adalah burung hantu.hayok!!


5) Peacock Pansy Butterfly

Rama-rama ni lak ade corak macam burung merak.korang kenal kan burung merak?ai.cantik la coraknye..dah macam baju batik pun ade..i like!!


6) Great Mormon Butterfly

Merupakan rama-rama kategori besar..rama-rama ni ade kombinasi kaler yang berbeza yang juga dikatakan milik rama-rama jenis Swallowtail.aku pon tak tau swallowtail tu ape.nanti korang google sendiri untuk tahu lebih lanjut keh.cuma aku nak cakap..rama-rama ni cantik!!


7) Zebra Longwing Butterfly

Bila tengok corak sayap rama-rama ni mesti terpikirkan kuda belang.tu yang dapat nama zebra.sayapnye yang panjang macam wau bulan memang nampak menarik n sepadan dengan corak dia.


8) Queen Alexandra's Birdwing Butterfly

Rama-rama ni dikatakan rama-rama terbesar di dunia.sebab ape?sebab kepak sayap dia boleh d bukak selebar 1 kaki(30cm)..dasyat gak kan.tambah lagi corak dia pun cantik.memang sesuai r dengan nama "queen" tu.


9) Wood White Butterfly

Rama-rama ni kurang popular berbanding rama-rama lain dalam family kaler putih.mungkin d sebabkan kalernye yang nampak sikit comot kot.tapi nampak lawa je bagi aku.ciptaan Allah sentiasa lawa-lawa kan..hehe


p/s: esok siang aku nak pusing-pusing sekitar rumah.kot-kot jumpe rama-rama macam kat atas ke.boleh tangkap!!hehe

Tuesday, November 1, 2011

:: KeDiaMan Yang BerGerak? ::

:: Haluu!! aku nak tambah lagi entri..hehehe..korang tak kisah kan? lagipun da lama sangat blog ni tiada entri best-best kan..jom!! korang pernah tak menginginkan kediaman bergerak? yep!! ade dah manusia yang tinggal dalam kereta or van sebelum ni..tapi tu sume tak mewah..tak selesa..yang aku nak tunjuk ni memang sangat-sangat selesa..cuma bukanlah kereta or van..mamat ni gune truk besar..barulah selesa sket kan? ape keistimewaan truk ni ea? ha..truk ni lengkap kot dengan segala kemudahan yang diperlukan oleh sebuah rumah..ade dapur..tandas..bilik tidur..pergh!! lengkap siot..tak caye? jom skodeng gambar-gambar kat bawah ni..mesti korang ase nak beli je satu truk camtu..enjoyz!! (^_^) ::










p/s: erk!! aku cemburu!! aku nak ade satu yang camtu gak..(+_+)

:: Motor Gune Najis Untuk BergeRak?? ::

:: Salam..hello korang!! korang sehat? hehe..amacam? skunk musim hujan la..tuan blog ni pun da mula selsema..maklum lah tiap-tiap hari merempuh hujan lebat mase balik dari keje..tapi jangan salahkan hujan coz hujan itu rahmat kan..ha.untuk entri ni..aku nak share sumthing la..coz aku terbaca kat facebook..pergh..aku tergelak sedikit..tapi aku ase gak kagum..apa yang wat aku ase camtu?..ha..pernah tak korang bayangkan motor korang yang sebelum ni guna minyak petrol untuk bergerak..menggunakan najis lak untuk bergerak..? ha..stylo!! but disgusting!! motor tu dikatekan bergerak dengan mengunakan tenaga dari najis..pergh..kalau takde najis,tak bergerak lah motor tu kot..hehehe..aku takmo ulas panjang..korang tengok je lah gambar kat bawah ni..enjoyz!!





p/s : orang jepun memang kreatif!! sampaikan najis pun boleh jadi sumber inspirasi..terbaik lah!! =)

Saturday, September 3, 2011

:: CinTa LeLaki ::

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.



Wednesday, August 24, 2011

:: GadiS MistEri Dan CokLat ::

:: mase balik keje tadi aku singgah jap jusco bukit tinggi..nak beli coklat..tetibe tekak mengidam nak makan coklat..lagipun da lama tak makan coklat..so aku round2 la jap kat jusco tu..ramainye orang..mungkin da nak dekat raye ni, orang berpusu2 g shopping..tak kire hari cuti ke tak cuti..janji dapat shopping kan?aku shopping sabtu kot..gaji masuk 27 aribulan..adui..jenuh tunggu..so mase aku belek2 pakaian, aku terlihat seorang gadis d hadapan ku..aku agak dia berumur lebih kurang macam aku kot..tapi kan..aura gadis tu agak aneh..aku seolah2 terpaku lama memandang dia..dia pun tanpa sedar terpaku memandang aku..then, tibe2 pelayan jusco tegur aku..tanya ape yang dia boleh tolong..aku cakap la takde ape2..then bile aku tengok gadis tadi..adui..da blah..kacau betul la pelayan tadi..then aku jalan2 lagi untuk beli coklat..banyak nye coklat..aku da geram sangat..tak dapat nak control..tengok dompet..ade 30 inggit..boleh la..mase aku nak ambik, sekali lagi aku terpaku..gadis tadi ada kat sebelah aku..kebetulan dia pun memilih coklat..mungkin nak beli coklat gak kot..aku terasa malu lak..then dia bersuara.."mana satu la yang sedap ni"..aku spontan cakap "semua sedap kot"..dia pon melihat aku sambil tersenyum..aku pun balas balik senyuman nya..hm..lawa sungguh gadis itu..kulitnye putih..ada lesung pipit lagi..pakaian pun sopan je..tetiba aku jadi lemah..Then ye ambil kan coklat dairymilk n hulur kat aku n cakap "sy rasa coklat ini sesuai untuk awk.." sambil tersenyum..aku ambil coklat itu..then ye pun ucap salam n berlalu pergi..aku masih tak lepas memandang dia..agak lama kemudian, dia berpaling lagi padaku n melambai2..aku usap perlahan2 muka ku dengan tangan..haih?aku da nak jatuh cinta lagi ke..?hahaha.aku tergelak sorang2 sambil pegang coklat yang di bagi gadis itu..aku terus beli coklat itu..skunk ni aku tengah makan coklat tersebut..sambil menulis entri ni..hehehe.cute lak kisah hari ini..terasa aku da bangkit dari mimpi ngeri lak..harap kelak aku dapat alami lagi situasi camtu..(^,^) ::

Sunday, August 21, 2011

:: IndahNya MaLam ::

:: Salam.korang sihat?aku sihat je.alhamdulillah, masih berpeluang menghirup udara di bumi ini.cepat sungguh masa berlalu.sedar tak sedar lagi seminggu lebih je nak berjumpa syawal..tadi sebenarnya aku duduk merenung langit.dok sorang2 layan perasaan.rase tenang sangat.cantik sangat langit malam ni walaupun tidak kelihatan bintang2 nya.besar sungguh kuasa Allah SWT..apabila merenung ke langit, kesemua pahit manis kehidupan muncul dalam pikiran.da macam "slide show" lak.aku tersenyum sorang2 bila terkenangkan kenangan yang indah.kenangan yang sdey lak camne?aku terasa gak sedey.sampai asenye macam nak mengalirkan air mata je.tapi aku tak mahu lagi menangis kerana semua itu.kalini biar lah aku menangis kerana cintanya aku pada Allah SWT..kehidupan memang macam roda.kadang kita berada di atas.kekadang tu kita ada d bawah..kekadang kita boleh senang2 menyelesaikan masalah.kekadang gak kita terlalu buntu untuk menyelesaikan sesuatu masalah walaupun masalah itu terlalu ringan..dulu ku berdua.kini aku keseorangan.ya.itulah cinta sesama manusia.takkan kekal lama.tapi cinta pada Allah akan kekal selamanya..kadang2 aku tergelak kerana aku tumpas pada permainan dunia.tapi itulah yang terjadi..namun aku bersyukur atas apa yang terjadi.aku terasa aku semakin matang untuk menempuhi liku2 kehidupan..ya.hanya aku yang rase semua dugaan itu.ramai berkata.hanya orang yang terpilih sahaja akan di uji oleh Allah SWT..aku bersyukur kerana aku termasuk dalam golongan itu..walaupun pada mulanya aku sering tumpas..sering jatuh n mengalirkan air mata..namun kelamaan aku makin sedar akan hikmah n iktibar yang ingin d sampaikan Nya..apa yang patah, boleh tumbuh kembali dengan izin Nya..sesuatu yang pergi, pasti juga akan berganti dengan izin Nya..kekadang aku terasa macam seseorang ingin masuk menyinari hatiku ini..tapi jauh dalam lubuk hati ku menolak semua itu..aku tak bersedia lagi.aku lebih suka perasaan n suasana sebegini.aku suka keadaan skunk ni.aku lebih dekat pada Nya..aku lebih mengerti erti kehidupan..aku belum mahu hanyut lagi dalam nikmat dunia.mungkin apabila aku cukup bersedia, aku akan memulakan semua itu nanti..kini aku cume ingin pulihkan semangat n bentuk semula peribadi aku..aku bersyukur kerana berpeluang merasai semua ini..indahnya kehidupanku..alhamdulillah (^,^) ::




Sunday, August 7, 2011

:: cuti di bulan ramadhan?? ::

:: Salam.. kOrang pekabar?pOse ok tak?harap semua Ok2 je.alhamdulillah aku masih dapat berpuasa penuh sampai hari ni.harap2 sebulan aku pose, takde mende yang tak besh berlaku kat aku.hari ni hari minggu.aku cuti.tak keje.dok rehat la kat rumah.aktiviti aku?aku cube nak tido lama sket.tapi nape ntah aku terbangun awal gak.maybe da biasa bangun awal untuk g keje.then ari cuti pOn aku automatik bangun awal gak.aku pOn g la mengemas rumah.kemas punye kemas ade r dekat 3 jam berlalu.then, aku still ase busan.then layan lah on9.petang lak pas zohor, aku kua jalan2 g jusco bukit tinggi.g sorang2 je.skunk da takde sape sudi teman pOn.so pusing2 lah kat dalam juscO.pegang barang tu n barang ni.tapi tak beli pOn.bukan pe.aku tak nak spOil mOOd shOpping raye aku ujung bulan nanti.pastu aku g la pegang2 henpon nokia N8.pergh.aku minat la henpOn tu.smart sangat design nye.bahaye nih.silap2 ujung bulan pas gaji kua, aku terbeli lak henpOn tu.pas tanye banyak2 kat taukeh, aku pOn blah.tensen jek taukeh cina tu.ingat aku tanya lebih2 mau beli kOt.hehehe.pas da bOring sangat, aku pOn start kete n balik umah.kebetulan kete toyota vios parking belah kete kancil aku.Hurm.jeles je kat kete tu.aku memang nak beli kete tu.cume tak dapat r nak beli skunk.keje pOn baru sebulan.adui.sabar2.ape2 pOn, aku harap puasa n raya tahun ni dapat jadi yang terbaik pernah aku alami dalam hidup aku.adiOs n selamat berpuasa!! (^,^) ::

p/s: tak sabar nak ade henpOn nOkia N8 n tOyOta viOs!!



Wednesday, July 27, 2011

:: JamBaTan GanTung TerUniK d DuniA ::

:: Salam U oLz!! korang pekabar? hurm.maaf sangat coz aku da lama tak update blog ni.aku terlalu BUSY la.da bekerja katekan.aku jadi penat + malas.hahaha.takpe2.skunk ni aku nak update entri.cian kat blog ni tak berupdate.kang visitor lari lak.keh.untuk entri kali ni, aku nak share lagi info menarik kat korang.korang penah tengok jambatan bergantung?jambatan pulau pinang tu penah tengok kan?tapi yang aku maksudkan adalah jambatan yang lebih stylo n merbahaya dari jambatan pulau pinang tu.walaupon bahaya n takde safety, tetap ade orang nak guna gak jambatan-jambatan tu.aneh kan?mungkin ase agak "adventure" kot bile nek jambatan tergantung ni.so jom tengok senarai JAMBATAN GANTUNG PALING MERBAHAYA yang ada DI DUNIA!! enjoyz!! ::




1. Hussaini - Borit Lake, Pakistan


2. Carrick-a-Rede Rope Bridge, Northern Ireland


3. Aiguille du Midi at the Mont Blanc Mountain, France


4. Loboc Hanging Bridge, Philippines


5. Hanging Bridge of Ghasa in Nepal




6. Siju Hanging Bridge, India


7. Hanging Bridge at Thenmala, India


8. Repovesi nature park Valkeala, Finland


9. Hanging Bridge in Drake Bay, Costa Rica


10. Hanging bridge in Bohol, Philippines




11. Kambadaga, a village near Pita


12. Kakum National Park Canopy Walkway



p/s: actually aku tak bape suke nek jambatan gantung coz aku ade ase "gayat".tengok dari jauh boleh la. (^,^)

Saturday, July 16, 2011

:: AkHirNya Aku DaPat kerJa!! ::

:: Salam U oLz!! huish.lama nye aku menghilangkan diri kan.kalau tak, setiap ari aku mesti dok update blog aku ni kan.tapi..pasni aku tak boleh da nak update selalu.sal pe?sal bermula dari selasa lepas, aku da mula bekerja sebagai jurutera QC dekat Panasonic Electronic Device Shah Alam (PEDMA).so aku da takde banyak masa sangat nak update blog ni.aku bekerja dari isnin sampai jumaat.mungkin kalau aku rajin, belah malam je lah aku update sket blog ni.bercakap sal keje, yup..aku da bekerja.da dapat jadi permanent staff kat PEDMA tu.camne keje nye?owh.agak banyak.agak susah.agak memeningkan kepala.tapi pe aku boleh buat ag.just tempuh la kan.nak cari duet.kene la ikhlas rite.mule2 memang agak malas n liat nak bangun pagi.kul 6.30 pagi, aku da kene gerak dari rumah.perjalanan dari rumah ke PEDMA ade r lebih kurang 45 minit.jauh gak lah.buat masa ni aku nak ulang alik je dari rumah.tak terpikir ag nak cari rumah sewa ke pe.kilang panasonic ni lak awal da mule keja.kul 7.25, aku da kene ada kat kilang.ade sket senaman pagi.standard kilang jepun la.then, waktu balik keje dalam pukul 5.03 petang.buat mase ni, aku just belaja dulu dari orang lama.ye r.aku ne tau buat ape2 sangat.terpakse r yeorang ajar aku.mule2 memang ase saket sket r.nak telan banyak ilmu.pale jadi saket jek.harap2 aku dapat tempuh semua tu dengan cemerlang.doakan aku ye kawan2!! di laen entri, aku cite lebih lagi la sal keje aku keh.selamat berhujung minggu!! (^,^) ::

p/s: gambar kat bawah ni la tempat keje aku..(^,^)

Thursday, July 7, 2011

:: Comey Nye CAWAN tu ::

:: Salam jumaat kawan2!! pagi ni di kala aku meneguk minum air milo, aku berpikir.comey gak mug yang aku guna.tapi ade ke mug yang lagi comey dari mug yang aku pakai tu.so lepas je abes minum, aku terus google kat ternet.binggo!!jumpe satu artikel sal mug unik n comey.hahaha.bestnye kalau dapat gune mug2 tu.nak tengok mug yang unik tak?jom tengok gambar2 kat bawah.pasni boleh check kat pasar malam.kot2 ade jual ke kan..(^,^) ::











p/s: mug yang last tu spoil mood bekfast aku.cet!!