Wednesday, June 22, 2011

:: KaU SiHiR akU?? ::

:: Salam ari khamis.korang OK arini?aku harap korang sentiase ok2 saje.kalau yang tak sihat tu jangan dilengah2 kan untuk makan ubat keh.kang melarat sape gak yang susah.korang gak..so straight pada entri kali ni.aku nak discuss sket sal ilmu.ha.tapi bukan sembarangan ilmu.aku nak discuss sal ilmu itam.korang tau ilmu itam tu ape?ilmu itam tu ilmu yang kaler itam lah.ops!!salah2.ilmu itam tu ilmu sihir lah.ilmu sihir lak besenye ilmu yang tak baek.ade ke sihir yang baek?sal pe aku tetibe2 nak cakap sal mende ni ek.begini cite nye.malam tadi mak aku ade cite sal akak kawannye yang meninggal d sebabkan perbuatan sihir dari seseorang.ish!aku ase sdey bile dengar citenye.meh aku story sket.akak kawan mak aku namanye A.A jual nasi lemak d tepi jalan tiap2 pagi.alhamdulillah.rezekinya bertambah baik dari hari ke hari.jualanya sentiasa abes.pada masa yang sama, ada gak beberapa peniaga berdekatan yang turut sama menjual nasi lemak.tapi lebih ramai orang nak datang singgah ke kedai A.mungkin d sebabkan nasi lemaknye sedap kan.bese r.kalau aku pon, mesti la aku g beli kat tempat yang sedap.

Then, satu ari tu A mengadu saket perut yang amat sangat.A try la makan ubat macam2.tapi tak mendatangkan hasil.saket nye makin teruk dari hari ke hari.tambah buruk lagi perut nye semakin memboyot macam orang mengandung.bila g ospital, doktor kata takde ape2 pon.perut A ok je.A pon terpaksa la balik camtu je.semakin hari A makin teruk.perutnye semakin besar.tambah menyakitkan lagi bile A terase panas selalu.saket perutnye lak macam d hiris2.hurm.aku yang dengar cite tu pon dapat ase kesakitannya.A ada gak g berubat secara tradisional.rata2 tukang ubat cakap A dah di sihir.lebih teruk lagi tiada penawar untuk sihir yang A kena.kesiannya!!setelah agak lama menanggung kesakitan, A meninggal dunia.puncanya?dengar cite isi2 dalam perut teruk rosak.malah beberapa alat tajam macam paku d temui d dalam perut A.kejam sungguh si pembuat sihir tu.kadang2 tak logik coz sal cemburu sket sanggup membunuh.sebenarnya banyak lagi kes serupa seperti mana kes yang menimpa A.kalau tak caye, g bace kat mastika.banyak sangat dah d ulas pasal cerita camni.bagi aku si pelaku sihir tu hanya menang d dunia.d akhirat nanti tau la akibatnye.bahaya betul skunk ni.kadang2 bila kita berjaya sket, ade je yang cemburu.cemburu lak lebey2 sampai nak santau or anta sihir.jadi korang kat lua tu.hati2 lah.kalau boleh jangan saket kan hati orang.coz kita tak tau n tak dapat bace ape yang akan d buat oleh orang yang kita sakiti..al-fatihah untuk A..::

p/s: kalau nak tengok sal sihir ni, bole try tengok cite horror thai long khong.sies best bagi penggemar cite horror la.hahaha.


p/s: jom lah layan kartun sal bomoh nak?bukan pe.takut korang jadi fobia lak dengan cite aku kat atas tu.hehe

:: TOP 5 SteseN MinYak TerUnik Di DuniA ::

:: Salam..amacam korang arini?sehat ea?good!!so untuk entri yang ni aku nak bagi information je la kat korang.information ape lak ea?kali ni aku nak share tentang stesen minyak.ape je yang kita nak bincangkan tentang stesen minyak ni ea?ha.pernah tak korang tengok design stesen minyak yang menarik?aku ase kalau dalam malaysia ni design sume stesen minyak hampir sama je pon kan.tapi kat lua negara, design nye aneh2.aneh2 pon tapi lawa.tak caye?jom tengok camne ea rupe stesen minyak kat lua negara tu.meh tengok sama2 5 stesen minyak terunik d dunia..enjoyz!! ::

1. Tea Pot Gas Station; city of Yakima Valley, Washington.


2. Welcome To the City Gas Station; North Palm Canyon Drive.


3.  Recycled Materials Gas Station; Los Angeles.


4. Lax Airpot roof Gas Stations; Crescent Drive Beverly Hills, California.


5. Futuristic Gas Station; Copenhagen.


p/s: Di antara lima2 stesen minyak kat atas tu, aku paling suke design no 1.terbaik r!! korang lak suke design yang mane??

Tuesday, June 21, 2011

:: Tips SeLesaiKan KonFliK DalaM CinTa ::

:: Untuk entri ni aku nak menulis sesuatu yang berkaitan dengan cinta.er.aku tak kawen ag.belum ag merasa menjadi suami.ops!!tapi tak salah kan kalau aku nak curah n share sket idea tentang camne nak selesaikan masalah konflik dalam sesuatu hubungan percintaan.ni pon atas pengetahuan yang aku perolehi dari web laen gak.saje aku olah balik dalam versi aku sendiri untuk d jadikan pengajaran kepada diri sendri n of coz untuk korang sume gak..



Memupuk hubungan adalah penting jika korang mahu kekal bersama especially yang tengah bercinta.Kepahitan, gangguan dan tekanan yang berterusan di antara pasangan bukan sahaja menjejaskan pemikiran peribadi mereka tetapi juga orang di sekelilingnya.Belajar lah untuk menyelesaikan pergaduhan tersebut dengan mengatakan "Maaf".Tapi ramai yang sukar untuk melafazkan kata2 ajaib ini termasuk diri aku sendiri.Penting ke kata2 "Maaf" ini? Ia adalah penting untuk memahami bahawa jika korang adalah salah, mengakui kesilapan korang adalah perkara yang betul untuk dilakukan.Pergaduhan atau konflik yang berlaku tidak lah memerlukan pemenang atau yang kalah.Apa yang d perlukan adalah penyelesaian secara baik.Itu je.

Apabila berlakunya konflik, elakkan membesarkan lagi peristiwa yang lalu kerana ia akan menambahkan lagi kebencian dalam diri pasangan.Kan lebih baik untuk bertenang,memaafkan dan melupakan sahaja konflik itu?Sebenarnya banyak keadaan yang kita dan pasangan kita tak nampak dengan mata kasar.Kadang2 kita pikir pasangan kita curang pada kita.Tapi sebenarnya pasangan kita lah yang beriya2 menjaga hubungan kita itu.Belajar lah menerima dan menyesuaikan diri sepenuh hati pada pasangan kita.

Belajar untuk beri komitmen yang berterusan dalam menunjukkan bahawa kedua-duanya suka antara satu sama lain dan mahu hubungan yang d bina lebih baik pada setiap peringkat hidup korang.Ini akan mewujudkan keharmonian dan keseimbangan dalam hidup korang selama bertahun-tahun menempuh suka duka bersama-sama.



So, itu lah serba sedikit tips yang aku boleh share.sebenarnye aku pon masih cube untuk mengamalkan tips2 tu dalam hidup aku.tapi, aku sebagai manusia biasa tak dapat lari dari d dorong dengan nafsu dan syaitan.perasaan marah,cemburu dan ego memang sukar untuk d elak.tapi sekurang2 nya aku boleh cuba kurangkan untuk kebaikan diri aku n orang yang aku cintai..(^_^) ::

:: Aku Dan GiTar ::

:: Hello guyz!! sape tau men gitar?? yang advance2 la.yang kire otai2 tu.meh la ajar aku men gitar.tadi tengah lepak2 kat anjung rumah,tibe2 tangan aku macam terase nak petik gitar.ops!!aku rindu nak men gitar.tapi aku takde gitar.aik??begini citer nye.mase last semester aku kat UTM skudai, aku selalu men gitar d waktu lapang aku.gitar sape?of coz gitar member aku.dia lak saje letak gitar dia kat bilik aku.pe lagi.aku sebat r maen.mule2 tu aku petik cam ape entah.sumbing!!takde tone langsung.malah salah kod yang aku maen.slow2 aku belajar dengan member2 aku.tapi bese r.orang otai ajar yang mende2 basic n terlalu sket.sampai satu tahap tu aku tensen sangat n da malas nak blaja men gitar coz tangan aku kaku.malam tu aku bermimpi aku maen gitar depan awek aku.wah!!sweetnye.terjaga je dari tido aku amek gitar.mule belaja slow2.alhamdulillah aku da hafal kod2 basic men gitar.malah kalau men tu da ade dengar tone sama macam lagu asal.wah!!hepinye.tapi aku masih tahap beginner lagi.kalau nak join jamming tu cume dapat maen untuk second gitar je.insyaAllah kalau da ade duet,aku nak beli sebiji gitar.then boleh la asah lagi skill.aku bercita2 tinggi nak maen gitar depan orang yang tersayang.teringin sangat maen lagu sixth sence-tanpa dekat ..hurm..wait for me keh my future wife.. (^^,) ::

p/s: beshnye kalau dapat maen gitar kat bawah ni.hahaha!!

:: TOP 10 HaiWan PaLing BeRacUn D DuniA ::

:: Salam kawan!!arini ari rabu.mase aku tulis ni jam pukul 4.30 petang.aku baru bangun tido ni.pagi tadi aku round2 shah alam.still dalam process mencari keje ag.dengan cuaca yang panas + berdebu2 dengan habuk, aku terasa penat yang sangat2.sampai je rumah aku solat n terus terlelap.tu pon tido jap je coz pale tibe2 aket.maybe coz tido waktu petang kot.so skunk ni aku nak update blog jap.ape aku nak discuss untuk entri yang ni?ha.aku nak share tentang pengetahuan umum sket.pe dia?korang tau tak binatang apa yang merbahaya d dunia ni?ade yang tau ade yang tak kan.sebenarnya banyak je binatang yang merbahaya especially d sebabkan racun yang kua dari haiwan tersebut.so aku nak senaraikan TOP 10 haiwan beracun yang wajib korang hindari dalam hidup korang.jom tengok same2!! (^^,) ::


10. Puffer Fish

Ikan ni biasanya d jumpai d jepun.ikan ni adalah salah satu febret menu makanan kat sana.tapi malang nye sesetengah kulit n organ "Puffer Fish" ni agak beracun.siap da banyak da kes orang mati sal terkena racun ikan ni.hanya chef yang bertauliah je yang d benarkan menyaji lauk "Puffer Fish" ni.tengok rupe ikan ni korang nak makan ke agak2?


9. Poison Dart Frog

Kalau korang berjalan2 d hutan hujan di South Amerika, jangan sesekali korang sentuh atau bawak balik katak yang berwarna warni.pasal pe?sebab mungkin katak tu adalah haiwan paling beracun d dunia!!Kebiasaanya orang asli d Amerika gune racun kat katak ni untuk pegi memburu.n of coz 100% berjaya membunuh bintang yang d buru dengan hanya skali tembakan sumpit sahaja.bayangkan kalau terkena kat manusia.yaw!!


8. Inland Taipan

Satu gigitan dari ular ni mengandungi racun yang mampu membunuh 100 orang dewasa n 250 000 tikus!!Racunnya dikatakan mengandungi 200-400 kali ganda toksik dari ular tedung biasa.Nasib bek ular ni terlalu pemalu.so jarang sangat kes orang mati d sebabkan d patuk oleh ular ni.comel ular ni kan..


7. The Brazilian wandering spider

Tersenarai dalam Guinness Book of World Records 2007 untuk kategori labah2 paling beracun n penyebab utama orang mati d sengat labah2.mantap rekod labah2 ni kan.Binatang ni besenye d katakan bersembunyi d dalam kasut,rumah mahupon dalam kete.so moralnye nak kai kasut tu, check dulu keh.kot2 ade..tut!!


6. Stone fish

Stone fish ni memang tak akan pernah menang untuk kategori ikan tercantik namun ikan ni pastinya akan menang untuk kategori ikan paling beracun d dunia.tapi ikan ni macam ade cutenye.kalau letak dalam akuarium mesti ag berseri2 kan.ahaks!!


5. Death Stalker Scorpion

Binatang ni tinggal kat North Africa dan the Middle East.Tak banyak mende nak cite untuk binatang ni.tak popular kot.pe2 pon jangan r sampai kene geget/sengat dek binatang ni.coz confirm anda akan MA..TI..!!


4. Blue Ringed Octopus

Binatang ni kecik je pon.tapi dia ada racun yang boleh membunuh 26 orang dewasa dalam seminit!!gigitannya ase tak saket sangat.macam ase kene geget nyamuk je kot.tapi kesannya..slow2 korang akan ilang sume deria korang n then of coz akan slow2 MA..TI.. jugek..gerun2!! baru ingat nak bela tadi. ::


3. Marbled Cone Snails

Cantik rupe bintang ni kan.kadang2 nampak macam batu2 hiasan yang cantik dalam akuarium.namun sape sangka "batu" ni ade racun yang boleh bunuh lebih dari 20 orang.kalau korang berjalan2 d lautan yang masin,jangan sesekali amek siput2 yang cantek keh.saje carik nahas la tu namanye.


2. King Cobra

Naib johan telah jatuh kepada "king Cobra".aku salute sangat kat binatang ni.sape je yang tak kenal kan.D sebabkan rupanya yang cute,ramai je orang masih nak men2 dengan ye even tau ular ni sangat2 lah bahaya.ular ni boleh membesar hingga 5.6 m(18.5 kaki) panjang.Malah ular ni boleh membunuh seekor gajah asia dalam 3 jam je.ape lagi manusia..yaw!!


1. Box Jellyfish

Tadaaa!!Juara jatuh pada Box Jellyfish!!ceh.cume jellyfish je pon.tapi binatang ni ade rekod baek.dia adalah punca 5567 kes kematian direkodkan sejak tahun 1954.Tahniah Box Jellyfish!! aku akan masukkan ko dalam first list binatang yang aku tak nak jumpe!!

Monday, June 20, 2011

:: TraKtor TransForMer ::

:: korang minat tengok tengok cite transformers?aku salah sorang kipas susah mati cite transformers.sal pe aku suke tengok cite tu?sal aksi2 best n mantap especially bile sesuatu kenderaan itu berubah menjadi robot.stylo!! berbalik pada tujuan sebenar entri ni, aku nak share satu jenis robot transformer yang betul2 ada kat dunia ni.dengar2 robot ni d pelawa berlakon dalam filem transformers 4.hahaha.terbaek r.jom santai tengok aksi traktor transformer kat bawah ni.enjoyz!! ::

p/s: tak sabar nak tengok filem transformer 3!!

Gravity - You're mad?

:: DileMma MenCari KerJa ::

:: Arini ari Isnin.pagi tadi aku g round2 kat kota kemuning.nak cari keje kosong untuk jawatan jurutera.banyak gak kilang kat area tu.tapi,terlalu sket kilang yang menggunakan/memerlukan jurutera.aku pon just drop resume je.aku tak dapat nak wat ape2 lagi selain camtu.then kene tunggu syarikat kol balik.ni aku tak suke coz pastinye ia memerlukan masa yang lama.aku da makin kebusanan + keabesan duet.nampaknye kene gak cari keje part time.ayah aku sarankan cari keje part time kat kilang je.keje jawatan macam QC,QA or keje2 yang hanya memerlukan kelayakan spm.aku ade terpikir gak untuk keje kat tempat selain kilang macam kat stesen minyak ke,kat pasaraya ke or macam2 ag.coz kalau keje kilang aku mungkin tak biasa dengan keje shift.tapi kalau keje kilang,duet mungkin lebih coz ade sistem OT nye yang banyak.hurm.camne ea.nak tunggu dapat keje sebagai jurutera tu entah bile r lagi.pening pale aku pikir mende ni.takkan nak terus tunggu kat rumah je macam kebanyakan orang len wat bile baru saje abes belaja?perluke sampai berbulan2 menganggur?hurm.kesian kat awek aku.aku janji nak bertunang dengan dia tahun depan tapi aku sendiri tak dapat2 lagi cari keje.camne nak kumpul duet.masa lak berlalu dengan pantas.huargh...inilah kehidupan.ade tak de aku kene senyum je.n sentiasa berpikir positif n menunggu untuk tibanya rezeki aku nanti.insyaAllah.doakan aku ea...>_<,, ::

p/s: aku akan sentiasa berusaha untuk tak jadi macam dalam kartun kat bawah ni!!cayok2!!