Showing posts with label :: CINTA ::. Show all posts
Showing posts with label :: CINTA ::. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

:: CinTa LeLaki ::

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.



Sunday, August 21, 2011

:: IndahNya MaLam ::

:: Salam.korang sihat?aku sihat je.alhamdulillah, masih berpeluang menghirup udara di bumi ini.cepat sungguh masa berlalu.sedar tak sedar lagi seminggu lebih je nak berjumpa syawal..tadi sebenarnya aku duduk merenung langit.dok sorang2 layan perasaan.rase tenang sangat.cantik sangat langit malam ni walaupun tidak kelihatan bintang2 nya.besar sungguh kuasa Allah SWT..apabila merenung ke langit, kesemua pahit manis kehidupan muncul dalam pikiran.da macam "slide show" lak.aku tersenyum sorang2 bila terkenangkan kenangan yang indah.kenangan yang sdey lak camne?aku terasa gak sedey.sampai asenye macam nak mengalirkan air mata je.tapi aku tak mahu lagi menangis kerana semua itu.kalini biar lah aku menangis kerana cintanya aku pada Allah SWT..kehidupan memang macam roda.kadang kita berada di atas.kekadang tu kita ada d bawah..kekadang kita boleh senang2 menyelesaikan masalah.kekadang gak kita terlalu buntu untuk menyelesaikan sesuatu masalah walaupun masalah itu terlalu ringan..dulu ku berdua.kini aku keseorangan.ya.itulah cinta sesama manusia.takkan kekal lama.tapi cinta pada Allah akan kekal selamanya..kadang2 aku tergelak kerana aku tumpas pada permainan dunia.tapi itulah yang terjadi..namun aku bersyukur atas apa yang terjadi.aku terasa aku semakin matang untuk menempuhi liku2 kehidupan..ya.hanya aku yang rase semua dugaan itu.ramai berkata.hanya orang yang terpilih sahaja akan di uji oleh Allah SWT..aku bersyukur kerana aku termasuk dalam golongan itu..walaupun pada mulanya aku sering tumpas..sering jatuh n mengalirkan air mata..namun kelamaan aku makin sedar akan hikmah n iktibar yang ingin d sampaikan Nya..apa yang patah, boleh tumbuh kembali dengan izin Nya..sesuatu yang pergi, pasti juga akan berganti dengan izin Nya..kekadang aku terasa macam seseorang ingin masuk menyinari hatiku ini..tapi jauh dalam lubuk hati ku menolak semua itu..aku tak bersedia lagi.aku lebih suka perasaan n suasana sebegini.aku suka keadaan skunk ni.aku lebih dekat pada Nya..aku lebih mengerti erti kehidupan..aku belum mahu hanyut lagi dalam nikmat dunia.mungkin apabila aku cukup bersedia, aku akan memulakan semua itu nanti..kini aku cume ingin pulihkan semangat n bentuk semula peribadi aku..aku bersyukur kerana berpeluang merasai semua ini..indahnya kehidupanku..alhamdulillah (^,^) ::




Monday, June 27, 2011

:: CinTa DaN RuMpuT ::

:: korang kenal apa itu rumput?rumput adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar.ia tidak berbuah.bila d jaga, d potong n d hias, pasti ia akan jadi cantik.bila tak d jaga, akan jadi semak samun la rumput tu.untuk entri ni, takde lah aku nak cite lebih detail sal rumput.cume d mase aku lepak2 kat atas rumput belakang umah tadi, aku teringat alik cite teladan tentang rumput.aku try search kat internet untuk cari.alhamdulillah, ada orang post untuk cite tu.aku ase ramai orang da tau sal cite tu.tapi aku nak gak tulis alik.sebab aku ase banyak sangat teladan dari cite tu.aku setuju sangat bila cite tu menegaskan hanya ada satu "rumput" yang boleh d miliki oleh setiap orang.ya!!aku yakin aku da jumpe "rumput" aku.maksud "rumput" bukan le rumput tumbuhan tu keh!its refer to someone that we choose to be live with for the rest of our life..pastinya aku akan jaga elok2 "rumput" tu..nak tau cite ape yang aku maksudkan?jom bace cite kat bawah ni..(^^,) ::


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...

p/s: maaf kalau kaler tulisan tak sesuai.background aku kaler coklat.tu jadi susah sket aku nak pilih kaler.

Tuesday, June 21, 2011

:: Tips SeLesaiKan KonFliK DalaM CinTa ::

:: Untuk entri ni aku nak menulis sesuatu yang berkaitan dengan cinta.er.aku tak kawen ag.belum ag merasa menjadi suami.ops!!tapi tak salah kan kalau aku nak curah n share sket idea tentang camne nak selesaikan masalah konflik dalam sesuatu hubungan percintaan.ni pon atas pengetahuan yang aku perolehi dari web laen gak.saje aku olah balik dalam versi aku sendiri untuk d jadikan pengajaran kepada diri sendri n of coz untuk korang sume gak..



Memupuk hubungan adalah penting jika korang mahu kekal bersama especially yang tengah bercinta.Kepahitan, gangguan dan tekanan yang berterusan di antara pasangan bukan sahaja menjejaskan pemikiran peribadi mereka tetapi juga orang di sekelilingnya.Belajar lah untuk menyelesaikan pergaduhan tersebut dengan mengatakan "Maaf".Tapi ramai yang sukar untuk melafazkan kata2 ajaib ini termasuk diri aku sendiri.Penting ke kata2 "Maaf" ini? Ia adalah penting untuk memahami bahawa jika korang adalah salah, mengakui kesilapan korang adalah perkara yang betul untuk dilakukan.Pergaduhan atau konflik yang berlaku tidak lah memerlukan pemenang atau yang kalah.Apa yang d perlukan adalah penyelesaian secara baik.Itu je.

Apabila berlakunya konflik, elakkan membesarkan lagi peristiwa yang lalu kerana ia akan menambahkan lagi kebencian dalam diri pasangan.Kan lebih baik untuk bertenang,memaafkan dan melupakan sahaja konflik itu?Sebenarnya banyak keadaan yang kita dan pasangan kita tak nampak dengan mata kasar.Kadang2 kita pikir pasangan kita curang pada kita.Tapi sebenarnya pasangan kita lah yang beriya2 menjaga hubungan kita itu.Belajar lah menerima dan menyesuaikan diri sepenuh hati pada pasangan kita.

Belajar untuk beri komitmen yang berterusan dalam menunjukkan bahawa kedua-duanya suka antara satu sama lain dan mahu hubungan yang d bina lebih baik pada setiap peringkat hidup korang.Ini akan mewujudkan keharmonian dan keseimbangan dalam hidup korang selama bertahun-tahun menempuh suka duka bersama-sama.



So, itu lah serba sedikit tips yang aku boleh share.sebenarnye aku pon masih cube untuk mengamalkan tips2 tu dalam hidup aku.tapi, aku sebagai manusia biasa tak dapat lari dari d dorong dengan nafsu dan syaitan.perasaan marah,cemburu dan ego memang sukar untuk d elak.tapi sekurang2 nya aku boleh cuba kurangkan untuk kebaikan diri aku n orang yang aku cintai..(^_^) ::